Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 12, 2017

LELAKI DIRANTAI DIPAKSA KAHWIN

Rakaman video lelaki diikat dengan rantai besi. –Foto Sina.com




BEIJING - CHINA. Seorang lelaki yang dipercayai enggan berkahwin ditimpa malang apabila diikat dengan rantai besi dan diheret oleh pengantin perempuan depan khalayak ramai.

Menurut laporan Sina.com, rakaman video mengenai kejadian ini yang berdurasi seminit ini tular di seluruh China dan meninggalkan bualan hangat di kalangan netizen.

Melalui rakaman video yang berlaku di tepi jalan raya itu, orang ramai yang sempat menyaksikan kejadian itu jelas mendengari dialog antara pasangan tersebut.

Sambil mengheret lelaki itu yang diikat pada kedua-dua belah tangannya, wanita yang berpakaian gaun pengantin dilihat begitu marah dan meminta agar berkahwin dengannya dan ikut dia pulang ke rumah.

Tidak seperti pasangannya yang berpakaian gaun pengantin, lelaki itu yang berpakaian jersi sukan dan berseluar jean bagaimana pun berkeras tidak mahu berkahwin dan merayu agar melepaskan ikatan rantai besi pada tangannya.

Rakaman video tersebut kemudian berakhir begitu sahaja dengan pengantin wanita itu terus menarik rantai besi dan membiarkan teman lelakinya itu terbaring di atas jalan tanpa belas kasihan.




0 comments:

share2