Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 15, 2017

KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200


najib dan king salman


Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, atas penambahan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini.

"Alhamdulillah, bermula musim haji tahun ini, kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200 jemaah.

"Terima kasih Raja Salman dan Kerajaan Arab Saudi, semoga dengan ini lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat menunaikan rukun Islam ke-5, Insya-ALLAH," tulis Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 daripada 27,900 orang.

Penambahan itu adalah hasil perbincangan antara Raja Salman dan Najib semasa lawatan negara Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini, katanya.

Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak tahun 2013.


0 comments:

share2