Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 14, 2017

[KUANTAN] PAHANG INTERNATIONAL MARATHON 2017



Dengan penyertaan yang semakin menggalakkan dalam Pahang International Marathon 2017, Kerajaan Pahang akan meluaskan acara –acara membabitkan sukan lasak ke daerah-daerah lain pula.

Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang, Dato’ Sri Sharkar Shamsudin berkata sudah ada penganjur yang akan mengadakan larian lasak di daerah Raub selepas ini.

“Kerajaan Pahang menggalakkan pihak swasta untuk mengadakan acara larian lasak di negeri Pahang. Jika bersesuaian dengan dasar kerajaan, kita akan memberi kerjasama dari segi logistik dan promosi.”

“Sepanjang Tahun Melawat Pahang 2017, acara sukan lasak yang telah disenarikan dalam kalendar pelancongan termasuk Balok Wind Challenge, Cameron Highland 18 degress celcius, Pesta Jeram Besu dan Merapoh Bike Week.” Kata beliau.

Dalam acara Kuantan International Marathon 2017 untuk pertama kalinya diadakan Marathon penuh 42 kilometer kerana sebelum ini ia dikenali sebagai Kuantan Half Marathon, penyertaan melebihi 4 ribu peserta melebih jangkaan awal seramai 3 ribu peserta.

Hadiah berjumlah RM46 ribu diperuntukkan kepada pemenang yang bertanding dalam  kategori 42 km, 21 km 10 km dan 5 km.

Peserta larian melalui kawasan bersejarah di Kuantan, pantai dan bukit sepanjang larian mereka.

Dato’ Sri Sharkar berharap Pahang International Marathan akan mencapai taraf setanding dengan KL Marathon dan Penang Bridge Run.


         

0 comments:

share2