KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penambahan satu stesen melibatkan laluan keretapi Pantai Timur (ECRL) iaitu di Pengkalan Kubor.
Berita baik untuk rakyat pantai timur itu diumumkan beliau semasa perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan, di sini.
Menurutnya, penambahan stesen tersebut merupakan laluan ke 24 selepas Wakaf Bharu bermula dari Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan beberapa laluan lain yang akan berakhir di Tumpat.
"InsyaALLAH, berkat kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, projek ini akan menjadi kenyataan dan jangkaan siap pada tahun 2022 nanti," katanya.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta kepimpinan tertinggi kerajaan persekutuan dan negeri.
0 comments:
Post a Comment