Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 19, 2017

DITEMBAK MATI LEPAS CUBA RAMPAS SENJATA ASKAR


Ditembak mati lepas cuba rampas senjata askar


Paris - Pasukan keselamatan Perancis dilaporkan menembak mati seorang lelaki di Lapangan Terbang Orly di sini, semalam.

Langkah tersebut terpaksa diambil susulan tindakan lelaki itu merampas senapang giat FAMAS milik seorang askar yang melakukan rondaan di lapangan terbang tersebut, lapor The Washington Post.

Saksi mendakwa ketika kejadian, lapangan terbang itu dipenuhi dengan pelancong dan pelawat, bagaimanapun tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis, Pierre-Henri Brandet mengesahkan 3,000 orang terpaksa dipindahkan dari lapangan terbang kedua terbesar Perancis itu ketika operasi keselamatan dijalankan.

Difahamkan, operasi keselamatan itu turut melibatkan pasukan pemusnah bom.

Semua penerbangan dari kedua-dua terminal Orly juga dibatalkan.

Setakat ini, polis masih berusaha mengesan identiti lelaki berkenaan.

Perancis terus mengetatkan kawalan keselamatannya menyusuli siri serangan kumpulan militan ISIS sejak dua tahun lalu.


0 comments:

share2