Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 29, 2017

BN SETUJU ISYTIHAR HARTA DIBAHAS DI SIDANG DUN


harta


Shah Alam - BN Selangor bersetuju cadangan pengisytiharan harta melibatkan semua Adun dan kakitangan kerajaan dibentangkan dan dibahaskan di dalam Dun Selangor.

Bagaimanapun, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berkata, cadangan sama pernah dicadangkan pada sidang Dun lalu, namun tiada wakil rakyat kerajaan membentangkannya, malah kertas cadangan tersebut ditarik balik.

“Sebenarnya kerajaan negeri pernah mencadangkan satu kertas cadangan untuk diangkat dalam Dewan dan dibahaskan mengenai pengisytiharan harta.

“Kita tidak ada masalah, tapi saya kesal apabila kertas itu tidak dikemukakan dan ditarik balik,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) berkata, ia perlu dilakukan supaya tidak ada penyelewengan dalam kalangan kakitangan kerajaan, seperti yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan pusat.

Sulaiman berkata, Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa tidak berani membahaskan usul tersebut kerana pentadbiran sedia ada tidak telus.

Beliau turut membidas Weng San yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan integriti, sebaliknya gagal menegur pemimpin DAP sendiri yang terpalit dengan rasuah.

“Saya fikir sebelum beliau ulas isu rasuah, beliau perlu mengingatkan ketua menteri Pulau Pinang yang didakwa dan disiasat supaya bercuti atau letak jawatan.

“Jadi Kampung Tunku (Weng San) jangan nak tuding jadi kepada orang lain, tegur dulu pimpinan parti sendiri,” katanya.

Tahun lalu, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata enakmen mewajibkan seluruh Adun di Selangor dan Pulau Pinang untuk membuat pengisytiharan harta perlu dilaksanakan.


0 comments:

share2