Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 14, 2017

BAUCER PETROL RM1 JUTA


Baucar petrol RM1 juta


1street (www.11street.my) menerusi kempen Shop The World menawarkan bonus membeli-belah dalam bentuk baucar petrol bernilai RM1juta.

Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street, Wong Siew Lai berkata, ia ditawarkan sejajar dengan peningkatan harga minyak semasa.

"Kami menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen itu.

"Ini merupakan satu cara bagi kami menghargai pelanggan di atas sokongan terhadap 11street," katanya.

Kempen Shop The World berlangsung 11 Mac hingga 18 April 2017 ini menyediakan pelbagai tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.

Katanya, kempen itu juga menawarkan jutaan produk jenama antarabangsa dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, ia dianjurkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahu pelbagai produk dan jenama global terkenal bersama promosi serta tawaran menarik.

"Kini, 11street mempunyai hampir 10 juta produk, malah lebih separuh daripadanya produk merentasi sempadan yang popular dan berjenama antarabangsa.

"Sebagai salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia, kami mahu memberi peluang kepada pelanggan membeli-belah di seluruh dunia," katanya.

Bagi membolehkan perkara itu dicapai, 11street menjalin kerjasama dengan nama-nama global terkenal.

Kempen itu memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga pemain e-dagang global terkemuka iaitu syarikat induknya, 11street Korea; UiTOX dari Taiwan dan WorldFront dari Australia.

Kempen itu turut menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma bagi item terpilih.


0 comments:

share2