Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 28, 2017

[RAUB] DATO' SRI SHARKAR MERASMI PENUTUP PERTANDINGAN MENGENAL BURUNG BUKITA FRASER


Image result for dato seri sharkar


Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah ‘Fraser’s Hill International Bird Race 2017’ di Bukit Fraser telah diadakan pada 26hb lalu dan disempurnakan sendiri oleh YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Pertandingan kali ini disertai oleh sebanyak 105 pasukan. 20 dari luar negara antaranya adalah dari UK, Netherlands, Taiwan, Japan, Nepal, Thailand, Philipines, Cambodia, Singapore, Canada, South Africa, USA, France dan Hong Kong sementara penyertaan domestiknya termasuklah dari negeri-negeri Sabah, Sarawak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan serta tuan rumah Pahang.

Bukit Fraser adalah lokasi memerhati burung yang berprestasi tinggi di Malaysia dimana lebih dari 250 species burung telah direkodkan mendiami kawasan tanah tinggi ini.

Kawasan tanah tinggi ini juga direkodkan menerima burung-burung migrasi yang terbang dari tempat sejauh Siberia, utara Rusia serta dari kepulauan utara Jepun. Penghijrahan unggas-unggas secara berkumpulan dan besar-besaran ini adalah kerana menghindari musim sejuk yang melanda kawasan utara yang menyukarkan untuk mendapatkan makanan.

Kebiasaannya species burung-burung penghijrah ini akan tinggal disekitar Bukit Fraser ini selama beberapa bulan sebelum berhijrah lagi kea rah selatan di Australia dan New Zealand.

Menurut YB Dato’ Sri Sharkar lagi, ‘Birding Tourism’ ini merpuakan satu segmen pasaran pelancongan yang semakin berkembang pesat dan menyumbang kepada 10% hingga 30% dari keseluruhan industry pelancongan dunia. Malah Malaysia sendiri menduduki tangga ke-4 di Asia sebagai destinasi ‘memburung’ yang terkenal selepas negara China, India dan Thailand serta di tempat ke-23 dalam carta ‘memburung’ dunia.

Beliau juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan berkanaan yang berlangsung selama 2 hari pada 25 dan 26hb.

Pasukan IORA (Singapura) memenangi kategori Advance dengan mencatatkan pemerhatian sebanyak 88 sp. burung. Tempat ke-2 dimenangi oleh pasukan WILD BIRDS CLUM OF MALAYSIA dengan mencatat pemerhatian sebanyak 73 sp burung sementara tempat ke-3 dimenangai oleh pasukan TAMAN NEGARA WILD BIRD TEAM dengan pemerhatian 70 sp burung.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas penyampaian hadiah berkenaan, YB Dato’ Sri Sharkar menyatakan bahawa carangan untuk membina ‘Cable Car’ di Bukit Fraser tidak dapat dilaksanakan berikutan tidak memberi nilai komersial kepada pengusaha serta bertentangan dengan konsep alam semula jadi yang ingin dikekalkan di Bukit Fraser ini.


0 comments:

share2