Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 28, 2017

PAS SOKONG CARA MALAYSIA TANGANI KE JONG-NAM


Abdul Hadi Awang


Shah Alam - Pas menyatakan sokongan terhadap ketegasan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menangani isu pembunuhan individu daripada Korea Utara, Kim Jong-nam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan melaksanakan siasatan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku adalah sesuatu tindakan yang perlu disokong.

"Kami ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.

"Pas melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campur tangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di negara yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa dalam dan luar negara. Pas secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana–mana pihak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dilap dengan kain mengandungi cecair beracun.

Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sehubungan itu, polis menahan dua wanita secara berperingkat bersama-sama seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47, bagi membantu siasatan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

Siasatan polis masih berjalan merangkumi pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkinan siasatan akan mengambil masa.

"Isu geopolitik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak polis," kata Abdul Hadi lagi.


0 comments:

share2