Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 26, 2017

MELAKA UNITED TEWAS 1-3 DI TANGAN PAHANG


Melaka United tewas 3-0 ke atas Pahang


Melaka United gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas mudah di tangan Pahang 1-3 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Melaka United yang turun dalam usaha mengekalkan momentum kemenangan mereka terpaksa mengenepikan penyerang terbanyak Liga Perdana musim lalu, Ilija Spasojevic, kerana kecederaan.

Sebaliknya tempat Spasojevic sebagai kapten dan penyerang utama terpaksa digalas Amri Yahyah dengan dibantu Jeon Woo Young.

Separuh masa pertama menyaksikan Melaka United lebih banyak bertahan akibat serangan bertubi kali Pahang yang banyak cuba direncanakan Mohamadou Sumareh dan Matheus Alves.

Kelonggaran dan kealpaan barisan pertahanan Melaka United turut memberi banyak peluang kepada Pahang untuk cuba membolosi gawang tuan rumah, di mana mereka kelihatan banyak memberi ruang kepada barisan hadapan Tok Gajah untuk bergerak.

Pelawat tidak perlu menunggu lama untuk menghukum kealpaan Melaka United ini.

Pada minit ke-21, Joseph Kalang Tie yang langsung tidak dicabar berjaya melepaskan sepakan deras dari luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol Melaka United, Mohd Fazli Paat.

Tersentak dengan gol itu, Melaka United cuba menggandakan serangan dan pada minit ke-26 mereka memperoleh peluang terbaik menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, kegopohan R Surendran yang langsung tidak dikawal dalam kotak penalti Pahang selepas menerima hantaran Amri Yahyah menyebabkan percubaannnya jauh melambung.

Kerapuhan pertahanan Melaka United sekali lagi diuji pada minit ke-35 apabila percubaan Mohamadou Sumareh yang tepat ke arah gol berjaya ditepis keluar Mohd Fazli.

Pertahanan Melaka United sekali lagi ditewaskan Pahang apabila pada minit ke-43, Matheus Alves dengan mudah dapat menanduk bola ke dalam gawang walaupun dikawal tiga pertahanan Melaka United.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan Pahang berterusan dengan serangan demi serangan ke arah gawang Melaka United.

Gawang Melaka United bocor sekali lagi pada minit ke-57 apabila Mohamadou Sumareh yang gagal dicabar Ahmed Ezrie Shafizie Sazali dengan mudah menewaskan Mohd Fazli untuk gol ketiga Pahang.

Tertekan dengan kedudukan Pahang yang jauh di hadapan, Melaka United mengambil tindakan memasukkan pemain Argentinanya, Sergio Arguero, dalam usaha mengubah rentak permainan.

Hasilnya pada minit ke-89, Melaka United berjaya memperoleh gol saguhati mereka menerusi Ahmad Khuzaimi Piee.

Bagaimanapun, Melaka United sudah semakin kesuntukan masa dan akibatnya terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Pahang.


0 comments:

share2