Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 18, 2017

LAPAN REMAJA BERBASIKAL MAUT, DIREMPUH KERETA


Lapan remaja berbasikal maut, dirempuh kereta


Johor Bahru - Lapan remaja maut dipercayai dirempuh kereta jenis Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.00 pagi itu turut menyebabkan dua lagi remaja kritikal dan enam mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua mangsa berusia 13 hingga 17 tahun.

"Pemandu wanita berusia 22 tahun sudah ditahan untuk sisatan lanjut dijalankan.

"Mereka sekumpulan 30 hingga 40 orang selalu melakukan aktiviti berbasikal di bandaraya ini.

"Kawasan kejadian dipercayai jenis berbukit dan gelap," katanya pada sidang media di perkarangan rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, di sini, tadi.

Kejadian tersebut turut viral dalam laman sosial Facebook.


0 comments:

share2