Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 24, 2017

KATA NEGERI BERKEBAJIKAN, TAPI HALAU PENIAGA KECIL


Kata Negeri Berkebajikan, Tapi Halau Peniaga Kecil


UMNO Bahagian Ampang mempersoalkan slogan kebajikan dilaungkan kerajaan Selangor konon jaga kepentingan rakyat apabila peniaga diusir walhal berada di kawasan itu sebelum merdeka lagi.

Menurut Ketua Bahagiannya, Datuk Ismail Kijo, peniaga tersebut, Lai Song yang berusia 73 tahun diarahkan keluar tanpa sebarang pampasan, malah kawasan digantikan itu tiada sebarang kemudahan seperti elektrik dan air.

Lebih teruk lagi keadaannya apabila pihak yang bertanggungjawab dalam menghalau segera peniaga kecil tersebut adalah seorang Ahli Majlis Pakatan Harapan yang dikenal pasti sebagai mewakili PKR iaitu Fong Teck Yong.

Sebelum itu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ujar Ismail, hanya mengarahkan peniaga tersebut keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa dua bulan bermula selepas sambutan Tahun Baharu Cina.


Namun pemimpin PKR itu bertindak mendesak supaya Lai Song keluar pada 28 Februari ini. Teck Yong malah datang dua hari lepas membawa pihak MPAJ mengarahkan Lai Song keluar menjelang akhir bulan ini juga.




“Padahal MPAJ sudah memberi tempoh cukup dua bulan kepada mereka. Mana pergi slogan yang kata kerajaan negeri Selangor konon sentiasa menjaga kebajikan rakyat marhaen kalau macam ini caranya?

“Lebih teruk apabila peniaga minta bantuan dari pemimpin PKR itu, dia boleh kata kalau hendak minta tolong pergi cari pihak MCA dengan BN, kenapa kena melibatkan sentimen politik dalam hal ini? ” soalnya.

Ismail berkata demikian pada sidang media setelah sesi lawatan di Pasar Pekan Ampang, Khamis. Turut dilaporkan alasan gerai yang terlibat perlu dirobohkan adalah kerana kawasan peniaga itu dibina di atas status jalan raya.

Bagaimanapun sebelum ini, MPAJ mengeluarkan arahan terdapat dua gerai bakal dirobohkan, tetapi kini hanya gerai milik Lai Song yang diarahkan untuk dirobohkan manakala arahan terhadap sebuah gerai lagi ditarik balik.

“Kalau nak roboh, biar roboh semua jangan ada double standard. Kalau dulu masa BN menjaga kawasan Ampang, kita tak akan suka hati merobohkan sesuatu kawasan tanpa memberi pampasan atau ganti rugi kepada mereka.




“Sebaliknya Pakatan Harapan, mereka memang bagi lokasi baharu tapi tak tahu itu tanah milik siapa. Macam mana dengan kerugian besar peniaga yang perlu ditampung?” soal Ismail lagi.

Ujarnya lagi, pihak UMNO bersama MIC, MCA dan GERAKAN akan menghalang perkara itu berlaku malah sedia membuat demonstrasi bagi mempertahankan hak peniaga tersebut daripada diusir keluar.

“Mereka (Pakatan Harapan) perlu bertimbang rasa, peniaga ini sudah berniaga lebih 100 tahun, sebelum merdeka lagi, takkan kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk membantu mereka sedikit pun?

“Kerajaan negeri tak boleh buat macam tu, kalau pentadbiran sahaja yang maju tapi pemimpinnya berfikiran ke belakang susahlah rakyat Selangor nanti, “ujarnya.


0 comments:

share2