Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 5, 2017

'BANJIR TERMENUNG': JUMLAH MANGSA SAMA


Banjir baru


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kekal seperti malam tadi dengan 96 orang daripada 25 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara berikutan 'banjir termenung'.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Zainal Yusoff berkata, sehingga jam 6 pagi ini, Pekan masih merekodkan bilangan mangsa seramai 88 orang daripada 23 keluarga.

"Di Kuantan, lapan orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan," katanya.

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu dua di Pekan dan satu di Kuantan.


0 comments:

share2