Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 26, 2017

PAHANG REKOD 7,083 MANGSA BANJIR


Banjir baru


Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 7,083 daripada 1,854 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.

Perkembangan itu menunjukkan banjir di Pahang bertambah buruk apabila bilangan mangsa dipindahkan terus meningkat berbanding 6,723 mangsa daripada 1,771 keluarga yang dicatatkan pada tengahari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, bilangan pusat pemindahan sementara juga bertambah kepada 97 pusat di sembilan daerah.

"Lipis , mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 1,987 mangsa daripada 526 keluarga diikuti Kuantan, 1,430 mangsa daripada 350 keluarga.

“Sementara itu, Rompin juga menunjukkan peningkatan mangsa kepada 994 orang (230 keluarga), Jerantut, 894 mangsa (218 keluarga), Maran, 671 mangsa (183 keluarga, Raub, 286 mangsa (92 keluarga), Pekan, 638 mangsa (147 keluarga), Temerloh, 223 mangsa (54 keluarga)dan bera, 31 mangsa (8 keluarga).

Sementara itu, Lipis merekodkan jumlah pusat pemindahan sementara yang paling banyak dibuka setakat ini iaitu 28 pusat, diikuti Jerantut (18), Raub (11), Kuantan (10), Temerloh (9) Pekan (7), Maran (6), Rompin (5) dan Bera (3)


0 comments:

share2