Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 10, 2017

[MARAN] PELAJAR PATAH PEHA, VAN SEKOLAH BERTEMBUNG MYVI


Pelajar patah peha, van sekolah bertembung Myvi


Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini patah peha kanan akibat kelamalangan membabitkan sebuah van sekolah dan sebuah Myvi di Kilometer 28 Jalan Besar Jengka 19, semalam.

Pelajar tersebut, Nurul Syakila Sharul Araffin, 13, dari Felda Siantan Jengka 19, kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.45 pagi tersebut turut menyebabkan kecederaan ringan kepada enam lagi pelajar manakala pemandu van, Mohd Nasrul Hood dari Felda Jengka 19, 38, patah kedua-dua kaki kanan dan kiri serta patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, penumpang kereta Myvi Uthman Mohd Rahim, 18, dari Jerantut patah tangan kanan manakala pemandunya, Mohd Ibrahim Noor Azah, 27, dari Melaka mengalami cedera ringan.

"Enam lagi pelajar perempuan hanya mengalami cedera ringan. Polis masih menjalankan siasatan terhadap kes ini yang diklasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Aidil Khairim Abd Wahab turut meluangkan masa melawat mangsa di Hoshas, petang tadi.

Beliau berkata JBPM menerima panggilan jam 6.53 pagi dan ke lokasi kejadian tiba lebih kurang 15 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak hospital. Operasi tamat jam 8.43 pagi. Jumlah mangsa seramai 10 orang.

"Lapan mangsa yang cedera ringan telah dikeluarkan oleh orang awam. Manakala untuk menyelamatkan dua lagi mangsa, anggota bomba bertidak memotong kepala bateri dan mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas hyraulic cutter.

"Anggota bomba juga membuat kerja-kerja pembersihan di tempt kejadian," katanya.


0 comments:

share2