Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 16, 2017

MAHATHIR JAGUH BUAT PUSINGAN U


Datuk Seri Najib Tun Razak


Pekan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Najib berkata pada 26 Disember lalu, Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang, namun nadanya berubah sama sekali semalam apabila menyatakan pembangkang sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M jika pembangkang menerajui kerajaan nanti.

"Dalam tempoh tiga minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U

dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M. 

"Kebelakangan ini, Tun Mahathir terlalu banyak buat pusingan U dari segi pendiriannya, jadi kita boleh anggap Tun Mahathir sekarang ini jaguh pusingan U kerana tindakan dan kenyataan bercanggah sama sekali," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 serta bantuan 'Kembali Ke Sekolah' Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini semalam.


0 comments:

share2