Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 20, 2017

KENYATAAN MAHATHIR MENGENAI PROJEK FOREST CITY SATU FITNAH, KATA NAJIB




Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan fitnah yang besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Najib menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu, dan diberi kewarganegaraan.

"Bila kerajaan negeri Johor lulus Forest City, tanah itu ditebus dan (projek itu) kita jual kepada orang luar atas leasehold untuk tempoh 99 tahun sahaja, dan bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban," katanya semasa merasmikan program Jom Bantu Rakyat di Desa Pandan di sini hari ini.


0 comments:

share2