Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 10, 2017

GEMPA BUMI DI LAUT SULAWESI GEGARKAN LABUAN


Labuan


Labuan - Berpuluh-puluh orang berlari meninggalkan bangunan tinggi apabila gegaran dirasai di pulau bebas cukai ini berikutan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang berlaku di Laut Sulawesi hari ini.

Antara bangunan yang dikosongkan ialah Financial Park Complex milik Bank Negara yang menempatkan lebih 80 agensi dan jabatan kerajaan, kedai makan serta firma kewangan luar pesisir.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail memberitahu Bernama gempa bumi itu berlaku pada 2.13 petang, dengan pusat gempanya terletak di 267km di tenggara Isabel City di Filipina dan 466km di timur laut Semporna, Sabah. 

Pengerusi Perbadanan Labuan (LC), yang juga Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli adalah antara staf LC yang meningggalkan pejabat mereka di Menara Perbadanan Labuan setingkat 11 tingkat itu.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan tiba pada 2.32 petang untuk membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu dan meminta semua penyewa dan penghuninya berkumpul di tempat selamat kira-kira 50 meter dari kompleks berkenaan. Gegaran juga dilaporkan dirasai di beberapa tempat di Sabah.

Pegawai Hal Ehwal Korporat LC, Usamah Ibrahim memberitahu Bernama bahawa gegeran itu tidak kuat tetapi cukup untuk menakutkan penghuni Menara Perbadanan Labuan. 

Beliau berkata staf memandang satu sama lain apabila mereka terasa berlaku gegaran dan segera meluru ke lif untuk meninggalkan bangunan itu.

Hamidah Osman, seorang daripada petugas di kompleks itu, berkata beliau takut apabila melihat cermin mejanya bergegar.

"Ini kali pertama saya mengalami keadaan ini. Bimbang bangunan itu mungkin runtuh, staf lain dan saya segera meluru ke lif, manakala sesetengah yang lain menggunakan tangga untuk meninggalkan kompleks ini," katanya.


0 comments:

share2