Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 24, 2016

UNSC UNDI BANTAH ISRAEL PENGALAMAN PALING BERMAKNA


PBB


Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Ramlan Ibrahim, yang pulang ke tanah air pada Hari Krismas setelah berkhidmat selama dua tahun di sini, menyifatkan undi Majlis Keselamatan pada Jumaat yang menggesa Israel menghentikan pembinaan penempatan haram sebagai "pengalaman paling bermakna ".

Ramlan, yang tempoh perkhidmatannya di sini serentak dengan tempoh Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) selama dua tahun dan berakhir pada 31 Disember, berkata beliau amat gembira dengan undi menentang pembinaan penempatan itu.

Ini jelas sekali merupakan suatu kisah kejayaan Malaysia dalam dunia diplomatik – dan bagi Ramlan – yang bersama-sama tiga anggota tidak tetap lain iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela, telah mengemukakan teks deraf resolusi untuk diundi pada Jumaat itu dalam suasana amat tegang serta tidak dijangka.

Teks berkenaan, yang dikenali sebagai Resolusi 2334 Majlis Keselamatan selepas pengundian, pada mulanya dijadual akan dibentangkan pada Khamis apabila Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang berlepas pada petang Khamis, turut hadir di New York.

Bagaimanapun, pembentangan teks itu ditangguhkan apabila wujud khabar angin bahawa ia mungkin digugurkan berikutan penentangan daripada presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dipilih, Donald Trump.

Lapan belas anggota Majlis Keselamatan - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi menyokong resolusi itu, manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Resolusi itu diterima pakai dan disambut dengan tepukan bergemuruh. Ia juga mengejutkan kelompok Trump yang menjangka Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa veto untuk menolaknya.

Pada lewat Jumaat, media Amerika Syarikat berbincang dengan pakar luar negara tentang kesan buruk daripada kelulusan Resolusi 2334 di Majlis Keselamatan.

"Saya tidak mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada ini sebagai hadiah perpisahan saya," kata Ramlan tentang resolusi itu ketika bercerita tentang peranan Malaysia di PBB dalam temu bual dengan Bernama di pejabat beliau selepas pengundian di Majlis Keselamtaan selesai.

"Usaha secara bersama antara Malaysia dan tiga anggota majlis lain akhirnya berhasil."


0 comments:

share2