Program cuti sekolah di Perpustakaan Daerah Rompin sepanjang cuti sekolah baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan kanak-kanak dan belia untuk meluangkan masa lapang mereka di perpustakaan.
Sepanjang tempoh kira-kira sebulan itu, purata seramai 40 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun sehari datang untuk menyertai pelbagai program dianjurkan yang menawarkan hadiah kepada mereka.
Ketua Perpustakaan Awam Daerah (PAD) Rompin, Norhidayah Salleh, berkata, sambutan yang sangat baik dan diharapkan kanak-kanak itu dan belia di sekitar Kuala Rompin akan terus konsisten mengunjungi perpustakaan.
“Saya percaya kepada kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang menyokong program yang dianjurkan sepanjang cuti sekolah baru-baru ini akan terus mengunjungi perpustakaan untuk membaca serta melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini walau pun cuti sekolah dah habis.
“Saya juga berharap kanak-kanak dan tak terkecuali kepada belia lain di luar sana akan mengikut jejak langkah mereka kerana banyak ilmu yang tersedia di sini selain menyediakan aktiviti sampingan dalam bentuk permainan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutup Program School Break Attack 2016 di PAD Rompin, yang dirasmikan oleh Naib Pengerusi II Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin, Dr Aznita Iryany Mohd Noor.
Hidayah turut menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program yang dianjurkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 3.30 hingga 5 petang itu.
0 comments:
Post a Comment