Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 12, 2016

POLIS JEJAK INDIVIDU CETUS PANIK DI MEDIA SOSIAL


Polis jejak individu cetus panik di media sosial


Johor Bahru - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang bertanggungjawab menyunting gambar bendera Malaysia dan Johor dalam keadaan terbalik hingga menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, tindakan tidak bermoral itu mengganggu-gugat ketenteraman awam dan pihaknya telah mengenal pasti individu berkenaan.

“Kami menerima laporan bahawa sebuah gambar yang menunjukkan bendera Malaysia dan Johor di pasang secara terbalik di sebuah bangunan berhampiran Padang Seri Gelam, di sini.

“Bagaimanapun hasil siasatan mendapati gambar tersebut telah disunting pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu siasatan telah dijalankan dan kami telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook terbabit,” katanya.

Sulaiman berkata, pihaknya dalam tindakan memberkas individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan laman sosial secara berhemah agar tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini yang boleh mengganggu sensitiviti mana-mana pihak.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keamanan di negeri ini. Saya harap semua pihak gunakan media sosial secara bermanfaat dan janganlah suka-suka untuk menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” katanya.


0 comments:

share2