Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 24, 2016

POLIS GAGALKAN PLOT SERANGAN KRISMAS


Polis gagalkan plot serangan Krismas


Berlin - Pihak berkuasa Jerman menahan dua adik beradik disyaki merancang serangan di pusat beli belah terbesar di bandar Oberhausen, menurut polis, semalam.

Penahanan dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun berasal dari Kosovo itu, dibuat empat hari selepas insiden rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin yang turut meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa.

Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut tentang peringkat persediaan serangan itu selain memastikan sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam rancangan itu.

"Hasil maklumat risikan membawa kepada penangkapan mereka. Pihak berkuasa masih memburu suspek warga Tunisia berumur 24 tahun yang terlibat dalam kejadian rempuhan trak tersebut," kata jurucakap polis.

Di Australia, pihak berkuasa menggagalkan plot siri serangan bom menyasarkan lokasi terkenal di Melbourne pada sambutan Krismas.

Enam lelaki bersama seorang wanita, kesemua warga tempatan lingkungan 20-an diberkas ketika operasi besar-besaran disertai 400 anggota polis dan perisik domestik.

Difahamkan, serangan itu menyasarkan lokasi berprofil tinggi di Melbourne termasuk Dataran Persekutuan dan Katedral St Paul.


0 comments:

share2