Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 18, 2016

PDRM SAMBUT BAIK ANGGOTA JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN


Khalid Abu Bakar


Shah Alam – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik saranan mewajibkan pegawai dan anggotanya untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan setiap tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, secara tidak langsung saranan tersebut akan memperkukuhkan lagi program ‘Trim & Fit’ yang sedang dijalankan ketika ini dan akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2018.

Menurutnya, malah digalakkan juga agar pemeriksaan ini dibuat setiap enam bulan sekali.

"Program 'trim & Fit' akan menjadi salah satu syarat untuk pertimbangan kenaikan dan pengesahan pangkat serta lain-lain yang berkaitan kerjaya warga PDRM. Program ini melibatkan ujian physical ability requirement Evaluation (Pare Test) dengan mengambil kira indeks jisim tubuh (BMI) ideal.

“Ini bertujuan bagi memastikan setiap warga kita berada dalam keadaan sihat, cergas dan cerdas,” katanya bagi menyambut baik saranan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sebagai anggota penguatkuasa, setiap anggota dan pegawai perlu menjaga ketermapilan demi meningkatkan imej PDRM secara kesuluruhan.

Tambahnya, kita akan memastikantahap kesihatan fizikal dan mental pegawai serta anggotanya berada di tahap yang baik.

“Secara tidak langsung, agar mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.


0 comments:

share2