Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 20, 2016

PADAH PARKIR SESUKA HATI




Padah parkir sesuka hati


Anhui - Tukang cuci warga emas di timur China menarik perhatian di media sosial selepas videonya meletakkan tong sampah di keliling sebuah kereta yang memakir kereta secara haram menjadi viral.

Rakaman 40 saat yang dimuatnaik di dalam talian itu memaparkan, tukang cuci yang memakai uniform berwarna biru itu meletakkan tong sampah penuh dengan sampah sarap di keliling sebuah kereta bewarna hitam, lapor portal berita tempatan Ahwang.cn.

Tukang cuci berkenaan yang identitinya tidak diketahui dilaporkan kecewa dengan kereta berkenaan yang diparkir di pintu masuk ke tempat pembuangan sampah di mana dia bekerja.

"Pemandu tidak boleh meletak kereta di sini. Ia menghalang laluan kecemasan dan pintu masuk tempat pembuangan sampah.

"Saya tidak boleh bekerja dengan cara ini dan tidak dapat menyiapkan kereja jika kereta ini masih berdana disini. Saya tiada pilihan," kata wanita itu.

Pekerja pembersihan itu memberitau, dia berbuat demikian kerana tidak dapat menghubungi pemandu dan kereta itu telah diparkir selama beberapa jam.

"Ini adalah pengajaran terhadap pemandu berkenaan," ujarnya.

Tempat letak kereta haram semakin menjadi satu masalah di China sejak tahun-tahun kebelakangan ini kerana kenaikan pemilikan kereta dan kekurangan tempat letak kereta.


0 comments:

share2