Johor Bahru - Seorang lagi mangsa nahas ngeri melibatkan bas ekspress di KM137 lebuh raya Plus, arah utara awal pagi tadi disahkan maut.
Jumlah itu menjadikan 14 mangsa termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak terkorban dalam insiden tersebut.
Sumber mengesahkan mengsa dikenali Mohd Hisham warganegara Malaysia bagaimanapun maklumat lanjut identiti semua yang terlibat masih dalam proses dikenal pasti.
Bas ekspress bermuatan 30 orang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dilaporkan terbabas ke dalam curam kira-kira 20 kaki dalam kejadian jam 3 pagi itu.
Berikut senarai awal mangsa terselamat
1.Mohd Hilmi (Singapura)
2.Mustafa Yasin (Singapura)
3.Muhammad Juhaify (Malaysia)
4.Muhammad Syafiq (Malaysia)
5.Zaw Oo (Myanmar)
6.Mohamed Taufik(Malaysia)
7.Alifah Mohd Said (Singapura)
8.Cyril Joseph (Malaysia)
8.Nagadevan Rajoo (Malaysia)
10.Mohd Syed (Singapura)
11.Ral Za Uk (Myanmar)
12.Kesavan (Malaysia)
13.Govindra Raj (Singapura)
14.Muhammad Abdullah (Malaysia)
15.Muhammad Fitri (Singapura)
16.Seorang yang belum dikenalpasti
0 comments:
Post a Comment