Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 23, 2016

KAISAH, RAISAH MENGHUNI 'ISTANA UBAT' SEJAK LAHIR


Kaisah, Raisah menghuni 'istana ubat' sejak lahir


Kekadang kita rasa ujian yang didatangkan kepada kita itulah yang paling berat. Kita kira, kita sudah rapuh hati, kita paling sedih di dunia.

Ya, itu perasaan kita tatkala diuji.

Namun, catatan ibu kepada pasangan kembar Kaisah dan Raisah, yang ditulis ibunya sendiri di akaun FB milik pendidik dari SMK (P) Taman Petaling itu, pasti akan menginsafkan sesiapa saja yang membacaknya. Kembali mensyukuri nikmat yang Allah beri dan tersedar ujian yang dihidangkan terlalu kecil berbanding apa yang mereka hadapi.

Kaisah dan Raisah adalah anak kepada pasangan guru, Masnorzan Sakiman dan Nurhidayah Mukhtar.

Kembar ini dilahirkan pada 6 Januari 2015.

Benar. Usia mereka sudah hampir dua tahun. Namun sejak lahir hingga kini, kembar ini belum lagi pernah pulang ke rumah. Tidak pernah dapat melihat suasana sebenar sebuah kediaman yang dihuni keluarganya.

Dunia mereka hanyalah hospital. Laman permainan mereka adalah katil hospital. Dan sesekali di bawa bersiar di perkarangan ‘istana ubat’ itu dengan kereta sorong.

Bukan saja si kembar, malah ibu ayah, abang serta kakaknya juga boleh dikatakan saban hari akan berkampung di wad semenjak dua anak comel ini dilahirkan.

Semasa Kaisah dan Raisah dilahirkan doktor tidak dapat mengesan masalah yang dihadapi kembar ini. Tetapi selepas mereka muntah, penyelidikan dijalankan dan kemudian doktor menyatakan kedua-dua bayi kecil itu perlu menjalani pembedahan.

Pada usia sekecil dua hari, pasangan kembar ini sudah menjalani pembedahan besar. Dan sepanjang tempoh tidak sampai dua tahun ini, sudah tiga kali perut Kaisah dirobek kerana masalah usus yang dihadapinya.

Selepas menjalani pembedahan, doktor mendapati usus Kaisah bengkak, pendek, tidak bersambung dan sebahagian berada di luar. Doktor mengklafikasikannya sebagai Sindrom Usus Pendek.

Doktor berusaha menyambung usus Kaisah namun ia tidak berfungsi. Kemudian dia dibedah sekali lagi, diperiksa bahagian dalam usus, tetapi setelah tiga kali menjalani pembedahan major usus Kaisah tetap tidak dapat menjalani aktiviti seperti milik kanak-kanak lain.

Raisah pula sudah menjalani dua kali pembedahan. Raisah pula berhadapan dengan masalah usus rosak di tengah-tengah, sempit dan bocor.

Doktor memotong sedikit usus Raisah dan kemudian melakukan stoma (bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumbuhan).

Namun, apabila stoma ditutup, Raisah menghadapi masalah pencernaan yang mana ususnya tidak dapat menyerap zat-zat makanan waima susu ibu sekalipun.

Paling menyedihkan, anak ini akan membuang air besar 24 jam tanpa henti.

Ya, dua anak ini sejak lahir hingga sekarang bertahan dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN). Tubuh mereka lemah longlai jika mesin penyalur zat itu ditanggalkan walau sehari.

Kaisah dan Raisah ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Si ibu, tugasnya naik turun lif untuk bergilir-gilir menjaga si kembar yang berasingan wad...dan di belakangnya ada tiga lagi ‘tentera kecil’ yang mengekori mencari perhatian si ibu.




Apa mudah ujian itu?

Ibu dan ayah kepada kembar ini juga, dalam masa sama perlu bekerja untuk meneruskan kelangsungan kehidupan keluarga mereka.

Hasil pembedahan 30 November lalu, usus Kaisah hanya 29.5cm, tidak menunjukkan pembesaran. Ukuran usus yang sepatutnya paling sedkiti adalah 50cm untuk hidup dengan lebih baik.

Kaisah memerlukan usus sepanjang 20 ke 30cm lagi untuk meneruskan kehidupan. Pada kepanjangan usus hanya 28cm secara klinikalnya, seseorang tidak mampu meneruskan keidupan ditambah pula usus Kaisah tidak berfungsi seperti orang lain sehingga kini.

Kaisah hanya ada 3ml susu sahaja, berbanding anak-anak seusianya, yang sudah minum 3 hingga 4auns, makan solid food. Tapi Kaisah hanya bergantung kepada zat-zat TPN.

Demi membantu Kaisah lebih sihat, transplant usus dicadangkan diterima daripada kembarnya sendiri. Tapi mampukah tubuh Raisah yang seusia dengannya itu menerima risiko yang sangat besar?

Lagi pun mengikut rekod, transplant yang dibuat di luar negara adalah tidak memberangsangkan. Hanya berjaya untuk seketika, kemudian pesakit akan menjadi lebih teruk daripada keadaan sebelumnya.

Transplant usus bukan seperti transplant hati buah pinggang dan yang lain. Usus tiada gantinya, satu ciptaan unik Yang Maha Esa. Satu manusia hanya ada satu usus sahaja. Tiada ganti.

Selain memiliki saiz usus yang kecil (sempit) usus Raisah juga ada masalah penyerapan. Jadi, risiko yang bakal ditanggung Raisah bukannya kecil. Usus yang sihat jika diusik sedikit pun kesannya sangat besar...mana mungkin usus yang belum sihat sepenuhnya mahu dipotong demi kembarnya...

Benar. Hati seorg ibu, ingin melihat anaknya sihat. Tapi untuk mengorban Raisah, tidak mungkin ibu muda itu, malah jika kita di tempat dia sekalipun, sanggup melakukannya.

Pasangan suami isteri ini teramat ingin membawa kembarnya pulang ke rumah. Merawat anak-anaknya di rumah. Namun untuk melakukan demikian mereka perlukan bilik khas. Perlu menyediakan tiga biji mesen TPN. Juga bahan pakai buang, peralatan dresing, susu khas yang mahal untuk zat bantuan ke tubuh anak-anak itu. Semua ini menelan duit beribu.

Atas faktor-faktor ketidakupayaan menyediakan semua ini, kembar mereka hanya boleh dirawat dan tinggal di wad.

Mereka sekarang sedang berusaha mengumpul dana bagi membolehkan mesin khusus untuk anak-anak ini dibeli.

Hanya dengan pembelian mesin itu sahaja anak-anak ini berpeluang mengenal rumah sendiri.

Jom....kita hadam kisah mereka di FB milik Nurhidayah yang menggunakan akaun Emas Putih, dan sama membantu kesulitan mereka.

Salurkan bantuan kepada Nurhidayah Mukhtar - 162348379719 - Maybank.


0 comments:

share2