Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 20, 2016

[JENGKA] PT3: 83% PELAJAR SMKJP KUASAI SEMUA SUBJEK


PT3: 83% pelajar SMKJP kuasai semua subjek


Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat (SMKJP) mencapai 83.16 peratus menguasai semua mata pelajaran bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), semalam.

Pengetua SMKJP, Ramlah Mat Diah berkata, pencapaian tersebut mencatat Gred Purata Sekolah 2.17.

Menurutnya, seramai 101 pelajar Tingkatan Tiga menduduki PT3 tahun ini dengan 53 orang pelajar mengambil 11 subjek termasuk pengajian Bahasa Arab manakala 48 pelajar lagi mengambil 10 subjek.

"Seramai 16 daripada mereka memperoleh keputusan pelajar terbaik dan diraikan dalam Majlis Penyerahan Dokumen PT3, di mana mereka diberi penghormatan daripada saya sendiri selaku pengetua. Keputusan paling rendah ialah 3A.

"Dua daripada mereka memperoleh 9A iaitu, Nur Fariezatul Hareezah Aminzaki dan Sarah Raihani Ahmad Izuddin. Manakala selebihnya 8A dan 7A. Kedua-duanya daripada kelas 3KAA1. (Kelas Aliran Agama). Sementara Pelajar Terbaik pula dianugerahkan kepada Arif Iskandar Razulaimi yang memperoleh keputusan 8A2B.

"SMKJP merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sudah tentu kalau boleh saya ingin lebih dan capai tahap 100 peratus. Begitu pun saya mengucapkan tahniah atas pencapaian hari ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Dokumen PT3 di sekolah tersebut.

Lebih 90 ibu bapa dan pelajar datang bersama keluarga untuk menerima fail yang merangkumi empat aspek penilaian; pentaksiran sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJSK), psiko metrik dan PT3.


0 comments:

share2