Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 3, 2016

PENYAMUN DAPAT MOTOR, PEMILIK KERETA DAPAT MALU


Penyamun Dapat Motor, Pemilik Kereta Dapat Malu


Seorang pemilik kereta jenis Proton Perdana terpaksa menanggung ‘malu’ apabila kenderaannya didakwa terlibat dalam satu kejadian samun motosikal di sebuah stesen minyak di Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.

Azman Mohd Nasir, 36, yang bekerja sebagai mekanik terkejut apabila diberitahu mengenai keretanya menjadi viral di laman sosial kerana digunakan dalam kejadian curi sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Semalam, viral di laman sosial apabila sebuah video rompakan sebuah motosikal dipercayai oleh dua penjenayah yang menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna merah dengan mengunakan nombor pendaftaran WLG 3361.



Azman kemudiannya tampil menerusi akaun Facebooknya menafikan dirinya dan kereta terlibat adalah miliknya kerana penjenayah menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Bimbang dengan tindakan pihak berkuasa ke atas dirinya, Azman membuat laporan polis di Balai Polis KLIA Sepang, malam tadi.


Dalam laporan tersebut, Azman menafikan dirinya dan kereta terbabit dalam kejadian samun motosikal itu kerana kenderaan miliknya berada di Banting, Selangor sedangkan kejadian berlaku di JB.

Menurutnya, kenderaannya berwarna hitam dan coklat manakala kereta yang juga jenis sama terlibat dalam kejadian samun itu berwarna merah.


“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya tidak terlibat langsung dalam kejadian ini kerana kereta milik saya berada di rumah beralamat di Banting, Selangor,” katanya.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 54 saat itu memaparkan keadaan di sebuah stesen minyak Puteri Wangsa, JB, apabila seorang lelaki meletakkan motosikalnya di hadapan pam minyak sebelum ke kaunter pembayaran.

Sejurus selepas pemilik motosikal itu beredar, seorang lelaki keluar dari sebuah kereta Proton Perdana dan menyamun motosikal tersebut dalam hanya beberapa saat sahaja.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut dan dimuat naik netizen di laman sosial.


0 comments:

share2