Taiping – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Taiping berjaya merampas sejumlah tauhu kering, asam jawa dan tepung jagung bernilai RM3,223 dalam satu operasi di Taman Bagan Serai Baru, Bagan Serai.
Ketua Cawangannya, Mohamad Kamarol Mat Nor berkata, hasil daripada Op Halal berkenaan, pihaknya berjaya merampas sebanyak 450 bungkus tauhu kering, asam jawa (860 bungkus) dan tepung jagung (360 bungkus) di bawah Perakuan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Setelah pemeriksaan dilakukan, logo halal yang dipamerkan pada plastik pembungkus makanan berkenaan didapati tidak sah,” katanya.
Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
“Jika melibatkan pertubuhan atau perbadanan ia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua denda tidak melebihi RM500,000,” katanya.
0 comments:
Post a Comment