Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 26, 2016

[KUANTAN] KERAJAAN NEGERI STRUKTUR SEMULA PUNCA PENDAPATAN



Kerajaan Negeri akan memperkenalkan mekanisme baharu untuk menstrukturkan semula punca-punca pendapatannya (revenue-earner) ke arah meningkatkan hasil pendapatan tahunannya.

Ini dinyatakan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapan luar teks 38-minit, menggulung perbahasan ke atas Bajet Negeri 2017 pada petang Jumaat, 25 November di sini.

“Akan datang ini, kita akan cari mekanisme (baharu),” katanya. “Kerajaan mungkin terlibat ‘direct’ dalam perniagaan berkenaan atau, Kerajaan boleh terlibat selaku pemudah-cara,” katanya lagi.

“Kalau misalannya, kita bagi satu kerja – ini kita (Kerajaan) punya tapi, pihak swasta buat. Dia (swasta tersebut) buat ‘projection’ dia – berapa dia pinjam, berapa dia boleh untung selepas berapa tahun.

“Kalau dia kata selepas 10 tahun ada untung RM100 juta; kita khabar kat dia, kita hendak RM30 juta tapi RM30 juta tu bukan dia bayar semasa dia dapat untung selepas 10 tahun, tapi dia (kena) bayar ‘upfront’ sekarang.

“Kalau dia kata, ‘Oh ini teruk, tak boleh jalan Dato’ Sri’. Okay (Kerajaan kata), berapa you boleh bayar? RM30 juta boleh bayar berapa lama? (Dalam tempoh) enam tahun (kata pihak swasta berkenaan). (Maka) satu tahun (swasta bayar secara ansuran kepada Kerajaan Negeri) RM5 juta,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.  

Menurutnya, jika mekanisme ini diguna-pakai, ia dapat menyelesaikan banyak perkara tentang hasil pendapatan negeri khususnya ke arah meningkatkannya.

“Jadi, kita ada cara kita untuk menstrukturkan ‘revenue-earner’ kita (daripada bergantung kepada punca pendapatan tradisional seperti hutan dan tanah, yang makin mengecil pada setiap tahun).

“InsyaAllah, saya akan kaitkan (libatkan) Kerajaan, swasta dan saya mungkin ‘co-opt’ satu-dua orang pembangkang, dan kita akan masukkan SPRM (ke dalam Special Purpose Vehicle yang bakal ditubuhkan),” katanya lagi.

0 comments:

share2