Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 25, 2016

50 PEJUANG IS DARI MALAYSIA MAHU KEMBALI


khalid-abu-bakar_isis_600_new


Gombak: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan seramai 50 rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan IS yang berada di Syria kini mahu pulang ke tanah air.

“Ramai yang nak balik ke tanah air namun mereka perlu memikirkan sendiri cara untuk pulang,” Khalid memberitahu wartawan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas berucap pada program “Safety of the Country” dihadiri kira-kira 700 pelajar.

Khalid berkata pihak berkuasa akan “akan cuba bantu” sebaik sahaja mereka pulang, bagaimanapun masih akan diambil tindakan.

“Mereka tetap akan dikenakan tindakan selepas pulang ke tanah air kerana telah melanggar undang-undang.”

Mac lalu, Cawangan Khas Bukit Aman berkata terdapat seramai 47 rakyat Malaysia yang berjuang di pihak IS, termasuk 12 wanita.

Pengarahnya Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun turut mendedahkan 8 rakyat Malaysia sudah pulang dan didakwa.

Serangan besar-besaran diketuai Amerika Syarikat Oktober lalu ke atas kumpulan IS di Iraq turut meletakkan Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga, susulan kemungkinan pejuang IS Malaysia melarikan diri pulang ke tanah air.

“Kita arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat perkembangan di sana…kita bimbang kalau sekiranya (tindakan) ofensif itu berjaya, bermakna ramai yang terlibat (IS) di Syria dan Iraq mungkin membuat perancangan balik ke negara asal atau lari ke kawasan tertentu,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammddin Hussein.

“Jumlah mereka bukan kecil. Mereka mungkin melarikan diri dan kita mesti mengambil tindakan yang proaktif.”


0 comments:

share2