Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 6, 2016

REMAJA ARAB SAUDI DITANGKAP KERANA MENGURAT


Remaja Arab Saudi ditangkap kerana mengurat


Seorang remaja Arab Saudi yang popular di laman video YouNow selepas 'mengurat' seorang gadis dari Amerika Syarikat yang comel telah ditangkap polis.

Jurucakap polis di Riyadh, Kolonel Fawaz Al-Mayman mengesahkan remaja yang dikenali sebagai Abu Sin, 19 ditahan pihak berkuasa Ahad lepas.

Abu Sin popular selepas 'cara memikatnya yang teruk' telah berjaya memikat Christina Crockett, 21 yang berarasl dari California.

Pasangan berkenaan berjaya menarik perhatian lebih 6.5 juta penonton walaupun penggunaan bahasa Inggeris Abu Sin 'berserabut'.

"Laman video siaran langsung (live broadcasting) berkenaan telah dilancarkan pada 2011 dan popular dikalangan remaja Arab," kata Fawaz dipetik laporan Saudi Gazette.

Kata Nawaz, Abu Sin ditahan kerana 'berperangai tidak beretika'.

"Video-video beliau menerima banyak komen dan ramai pelayar di kalangan rakyat awam Arab Saudi mahukan beliau dihukum kerana kelakuannya," jelas Fawaz.

Peguam, Abdulrahman Al-Lahem memberitahu Abu Sin telah melanggar undang-undang Shariah dan undang-undang teknologi maklumat Arab Saudi.

"Remaja berkenaan berhadapan dengan hukuman penjara setahun sehingga tiga tahun, bergantung kepada hakim," kata Abdulrahman.

Abdulrahman juga menjelaskan bahawa undang-undang Shariah Arab Saudi juga berfungsi di dunia maya.


0 comments:

share2