Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 11, 2016

PENDUDUK DIMINTA WASPADA AIR PASANG BESAR


Jabatan Meteorologi Malaysia


Kuala Perlis - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan mengulangi nasihat kepada penduduk di sepanjang kawasan pantai di negeri ini sentiasa waspada dengan kedatangan air pasang besar.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia air pasang besar akan berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung termasuk Perlis pada 17 hingga 20 Oktober dan 14 hingga 17 November ini.

Sehubungan itu Mat yang juga Adun Kuala Perlis menasihatkan para penduduk terbabit menyediakan tempat tinggi dalam rumah mereka untuk menyelamatkan barang-barang penting jika rumah dimasuki air. 

Adalah dianggarkan lebih 4,000 buah rumah terletak di sepanjang pantai sejauh 20 kilometer dari Kuala Perlis ke Kuala Sanglang melalui Kuala Sungai Baru dan Sungai Padang.

Mat Hassan juga meminta ibu bapa mengawasi anak-anak mereka agar tidak terlalu leka bermain air pasang tersebut untuk keselamatan diri dan untuk kesihatan kerana air berkenaan mungkin membawa pelbagai kotoran.

Beliau berharap fenomena air pasang besar kali ini tidak akan membawa kepada pemindahan mangsa walaupun persiapan memang dibuat untuk membuka pusat pemindahan.

Ancaman air pasang besar itu juga dijangka akan menenggelamkan kira-kira 300 hektar sawah padi sepanjang pantai di negeri ini jika air laut melimpahi benteng penahan ombak.

Beliau mengulangi rayuan agar kerajaan mempercepatkan kelulusan peruntukan bagi meningkatkan ketinggian benteng penahan ombak sekarang yang dianggap masih rendah.


0 comments:

share2