Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 5, 2016

PADAH BUAT KENYATAAN JELIK


TMJ


Johor Bahru - Seorang lelaki yang disyaki menjadi individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Masjid Wakaf Baru di Kelantan, kira-kira jam 11 pagi.

Ia berikutan laporan polis yang dibuat di sini pada malam 29 September mengenai penyalahgunaan laman media sosial, Facebook.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kenyataan yang dimuat naik itu berkaitan dengan‎ status anakanda Tunku Ismail.

"Hasil daripada tangkapan itu, sekeping sim kad yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi membuat kenyataan jelik itu turut dirampas," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (10)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


0 comments:

share2