Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 5, 2016

AWIE UMUM KAHWIN BULAN INI, MAHU PEMINAT DOAKAN


Awie


Berita gembira bagi peminat penyanyi popular, Awie apabila dia mengumumkan bakal berkahwin bulan ini.

Luah Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, dia kini sedang menghitung hari bahagia buat dirinya dan pasangan.

"Sebenarnya, saya tidak mahu merahsiakan perkahwinan ini daripada pihak media atau masyarakat. Buat apa saya merahsiakan hal baik ini kepada umum.

"Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Namun, atas sebab keselamatan diri dan tunang, saya terpaksa merahsiakan perkara ini," katanya pada sidang media pelancaran Konsert Wings 30 Tahun Live@Kota Kinabalu, semalam.

Menurut Awie, hal keselamatan yang dimaksudkannya adalah gangguan serta penyakit misteri yang menyerangnya.

Cerita Awie, sejak bertunang, bakal isterinya yang berusia lingkungan 20-an turut diganggu oleh makhluk halus.

"Walau bagaimanapun, kami terus menguatkan semangat kami menuju hari bahagia. Selain itu, kami pergi berubat hampir setiap malam.

"Saya mengharapkan semua peminat mendoakan supaya majlis ini berjalan lancar tanpa masalah.

"Selain itu, doakan supaya saya cepat sembuh sepenuhnya. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang mendoakan saya," katanya dengan penuh harapan.


0 comments:

share2