Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 23, 2016

ORANG RAMAI DIMINTA BANTU OPERASI MENCARI


Operasi mencari dan menyelamat.


Port Dickson - Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga ketika melakukan aktiviti luncur udara bermotor semalam ‎diminta tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, ini berikutan seorang penjala ikan melihat se‎orang pengendali luncur udara bermotor jatuh ke laut dan hilang dikhuatiri lemas sekitar jam 10.30pagi semalam.

Menurutnya, pasukan penyelamat tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat yang telah dimulakan sejurus menerima panggilan kecemasan semalam walaupun sehingga kini belum menerima laporan orang hilang yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.

"Operasi disambung jam 9 pagi tadi membabitkan 72 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin serta ahli kelab radio amatur tempatan.‎

Justeru itu, sesiapa yang kehilangan saudara atau rakan yang diketahui mempunyai peralatan luncur udara atau seumpamanya, segera menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya‎.


0 comments:

share2