Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 6, 2016

[KUANTAN] 29 ADUN BN PAHANG MAHU MB KEKAL




Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, untuk terus menerajui kepemimpinan negeri ini. 

Mereka diketuai ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin menyatakan solidariti wakil rakyat BN itu pada sidang media khas di sini, sebentar tadi. 

Dalam kenyataan bersama itu, mereka menegaskan bahawa Adnan masih mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus menerajui barisan kepemimpinan. 

Shahiruddin berkata, Adnan juga masih mendapat mandat dan sokongan daripada semua ADUN BN di negeri ini. 

"Kami amat selesa bekerja secara berpasukan bersama beliau (Adnan) dan beliau juga berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat antara wakil rakyat, ketua jabatan dan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. 

Shahiruddin berkata, salinan kenyataan itu dan senarai kehadiran semua ADUN pada sidang media khas itu akan diserahkan kepada Adnan dalam masa terdekat. 

Sidang media itu dihadiri semua ADUN BN, kecuali ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak; ADUN Bebar, Datuk Fakhruddin Mohd Arif dan ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapha Long yang mempunyai urusan kerajaan negeri di ibu negara.

0 comments:

share2