Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 20, 2016

KEMENTERIAN KONSISTEN TANGANI KES BULI


Mahdzir Khalid


Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil langkah wajar memastikan kes buli di sekolah tidak berulang.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian ketika berhujah pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Difahamkan, lebih daripada 14,000 kes buli dilaporkan berlaku di kalangan pelajar sekolah dalam tempoh 2012 hingga 2015.

Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku dalam bentuk fizikal.

"Sejumlah 4,159 kes direkodkan berlaku pada 2012, sebanyak 4,120 kes direkodkan pada 2013, manakala 2,825 kes dicatatkan berlaku pada 2014 and 2,968 kes pada 2015.

"Kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah dan tindakan wajar bagi memastikan kes buli di sekolah tidak terus berlaku," katanya.

Mahdzir bagaimanapun tidak dapat menyediakan statistik dan jumlah kes buli yang dibawa ke mahkamah setakat ini.

Beliau berkata, stastistik itu tidak dapat didedahkan serta-merta memandangkan ia melibatkan undang-undang.


0 comments:

share2