Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 8, 2016

'CHAR KUEY TEOW CIKGU TERANGKAT HABIS'


Char Kway Teow


Jika ingin menikmati hidangan char kuey teow yang lain daripada yang lain, terkenal dan sedap di Klang, kunjungilah Cikgu Char Kuey Teow yang terletak di Restoran NZ Taman Chi Liung, (Kudrat), Klang Selangor.

Dengan menggunakan tagline 'mesti sedap punya' hidangan hasil air tangan Ucop atau nama sebenarnya Muhammad Yusof Othman antara yang 'power' pernah penulis nikmati.

Dengan menampilkan tiga menu utama iaitu char kuey teow biasa, telur, 'special' dan 'seafood', char kuey teow Cikgu ini pastinya akan membangkitkan selera makan anda.

"Alhamdulillah sambutan orang ramai sangat memberangsangkan, dari hari ke hari.

"Saya sangat bersyukur dengan penerimaan orang ramai terhadap hidangan char kuey teow saya," katanya kepada Sinar Online.

Hidangan yang sempurna

Hidangan Char kuey teow 'mesti sedap punya' ini cukup teliti pembuatannya, dengan cukup adunan manis, masin dan masam, pelanggan yang menikmati hidangan ini pastinya akan mahu merasainya lagi dan lagi.

Menurut Ucop rahsia char kuey teownya yang makin mendapat sambutan itu kerana resipi tersendiri keluarganya.

"Resipi ini, warisan keluarga selain bahan segar yang diperoleh terutamanya barang 'seafood' yang kita ambil dari Pulau Ketam, ini demi kepuasan pelanggan," katanya yang turut dibantu oleh tiga orang pembantu bagi melancarkan operasi.

Info Operasi

Gerai Cikgu char kuey teow beroperasi setiap hari bermula pukul 5:30 petang sehingga 1.30 malam menawarkan kepelbagaian char kuey teow terbaik untuk dinikmati semua pelanggan.

Ada char kuey teow kosong (biasa) RM5, char kuey teow telur mata RM5.50, char kuey teow special tambahan udang + kerang + telur mata RM7.

Yang paling istimewa adalah char kuey teow seafood sotong besar + udang + kerang RM10 untuk sepinggan.

Hidangan ini hanya boleh dinikmati setiap Jumaat malam dan Sabtu malam sahaja.

Layari Facebook: Cikgucharkuewtiaw untuk maklumat lanjut.


0 comments:

share2