Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 10, 2016

AZMAN DIDAKWA MEMBUNUH


Azman didakwa membunuh


Baling - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling, semalam atas tuduhan membunuh adik dan jirannya di Kampung Lanai, Parit Panjang, 2 Oktober lalu.

Tertuduh, Azman Wahab didakwa membunuh adiknya yang lumpuh, Muhammad Azwan Wahab dan jirannya, Rokiah Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Azman didakwa membunuh Muhammad Azwan di ruang tamu rumah keluarganya kira-kira jam 11 pagi.

Tertuduh pula didakwa membunuh Rokiah di luar rumah kira-kira jam 11.10 pagi.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah daripada tertuduh bagi semua pertuduhan yang dibacakan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.

Mohd Izmi menetapkan 23 November depan sebagai sebutan semula bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah turut memohon pihak polis merujuk pesakit ke Hospital Bahagia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Wan Hasmanirah Wan Ishak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Azman didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun

Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


0 comments:

share2