Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 11, 2016

TAN SRI ANNUAR MUSA: UMNO ITU ADALAH KITA SEMUA


                                   


Ketereh: “Umno itu adalah kita semua. UMNO itu adalah negara kita sejak ianya dilahirkan. Samada seseorang itu mahu atau tak mahu mengiktirafnya. Tidak dapat tidak hasil dari  perjuangan sebuah parti bernama UMNO itu adalah untuk semua.” Kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, Mana ada sebuah  parti politik yang secara berterusan berjuang.  Kalau rakyat tidak ada  tanah, akan diwujudkan tanah rancangan, tanpa kira siapa mereka. Kalau rakyat tidak ada pelajaran, akan diadakan agenda pembangunan pendidikan dan pelajaran dari sekecil-kecil tadika sehinggalah peringkat sehabis tinggi.

Kepada rakyat yang tidak berkemampuan membiayai pelajaran. Parti UMNOlah wujudkan sistem biasiswa kecil sehinggalah menghantar pelajar anak bangsa ke luar negara, kata Tan Sri Annuar.

“Mengatur program untuk petani yang miskin. Wujudkan agenda bela nelayan. Inilah sahaja  parti yang bekerja berterusan mengujudkan agenda dan program bantu petani. Kalau mana rakyat tak ada rumah, parti inilah yang menganjurkan proram supaya rakyat miliki rumah.”

“Segenap cabang kehidupan rakyat dari timur kebarat, miskin atau kaya, lelaki atau wanita, muda atau tua. Satu-satunya parti yang terus bekerja untuk terus mengekalkan tradisi membela rakyat adalah UMNO itu sendiri dan bukan itu sahaja. Asas yang diperjuangkan UMNO itu sendiri adalah untuk semua,” kata beliau lagi.

             
           

0 comments:

share2