Ketereh: “Umno itu
adalah kita semua. UMNO itu adalah negara kita sejak ianya dilahirkan. Samada
seseorang itu mahu atau tak mahu mengiktirafnya. Tidak dapat tidak hasil dari perjuangan sebuah parti bernama UMNO itu
adalah untuk semua.” Kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, Mana ada sebuah parti politik yang secara berterusan berjuang.
Kalau rakyat tidak ada tanah, akan diwujudkan tanah rancangan, tanpa
kira siapa mereka. Kalau rakyat tidak ada pelajaran, akan diadakan agenda
pembangunan pendidikan dan pelajaran dari sekecil-kecil tadika sehinggalah
peringkat sehabis tinggi.
Kepada rakyat yang tidak berkemampuan membiayai pelajaran. Parti
UMNOlah wujudkan sistem biasiswa kecil sehinggalah menghantar pelajar anak
bangsa ke luar negara, kata Tan Sri Annuar.
“Mengatur program untuk petani yang miskin. Wujudkan agenda
bela nelayan. Inilah sahaja parti yang
bekerja berterusan mengujudkan agenda dan program bantu petani. Kalau mana rakyat
tak ada rumah, parti inilah yang menganjurkan proram supaya rakyat
miliki rumah.”
“Segenap cabang kehidupan rakyat dari timur kebarat, miskin
atau kaya, lelaki atau wanita, muda atau tua. Satu-satunya parti yang terus
bekerja untuk terus mengekalkan tradisi membela rakyat adalah UMNO itu sendiri
dan bukan itu sahaja. Asas yang diperjuangkan UMNO itu sendiri adalah untuk
semua,” kata beliau lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor