Pages

Sunday, September 11, 2016

DASAR PERUMAHAN NEGARA AKAN DIKAJI SEMULA


Noh Omar


Tanjong Karang - Dasar Perumahan Negara yang akan berakhir pada tahun depan akan dikaji semula bagi menimbang campur tangan kerajaan untuk mengawal harga rumah di negara ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar. 

Beliau berkata perkara itu perlu bagi membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai kemampuan memiliki kediaman sendiri.

"Kabinet telah mengarahkan dasar ini untuk dikaji semula. Di peringkat kementerian, kita mula memanggil Majlis Profesor Negara sebagai pakar rujuk untuk mengkaji semula dasar ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini semalam.

Noh berkata menerusi Dasar Perumahan Negara ketika ini, kerajaan hanya mempunyai kuasa mengawal harga rumah kos rendah yang berharga tidak lebih daripada RM42,000 serta berkeluasan 60.3 meter persegi (650 kaki persegi).

"Melihat kepada dasar yang ada sekarang ini, harga rumah selain daripada kos rendah ditentukan mengikut pasaran bebas," katanya.

Justeru, katanya, pihaknya akan meneliti sama ada kerajaan boleh mengawal harga rumah di negara ini bagi membolehkan semua rakyat memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan mereka.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor