"ISK...isk...apa benda la lagi ni? Saya masih sihat, alhamdulillah," demikian reaksi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safee Sali selepas berita kematiannya menjadi viral di media sosial hari ini.
Video Safee, 32, yang berdurasi 10 saat itu dimuat naik di Twitter Johor Southern Tigers kurang sejam lalu.
"Tiada siapa yang meninggal, ikan yang meninggal adalah...," katanya lagi.
Paparan skrin yang mengatakan pemain JDT itu telah meninggal dunia disebar termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan rasmi kira-kira jam 4.23 petang tadi turut menafikan perkara itu.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” kenyataan yang dipetik.
Berita kematian Safee mendapat perhatian apabila dianggap seakan benar yang kononnya diterbitkan sebuah akhbar tempatan tengahari tadi.
0 comments:
Post a Comment