Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 26, 2016

KERANA KASIHKAN SI BULUS


Kerana kasihkan si bulus


Bachok - Seorang peniaga kedai makan berdekatan simpang tiga di Kampung Teluk dekat sini, maut dilanggar pacuan empat roda ketika cuba menyelamatkan anak kucing belaannya kira-kira jam 8.50 malam kelmarin.

Saksi kejadian mendakwa, mangsa, Nik Yam Nik Lah, 53, dilanggar sebuah pacuan empat roda berwarna putih yang menggunakan nombor pendaftaran negeri Johor.

“Masa itu pacuan empat roda cuba potong kereta saya di selekoh simpang dan ketika itulah dia langgar mangsa. Saya berhentikan kereta di tepi dan lihat ada orang terbaring di tengah jalan.

“Pacuan empat roda itu terus laju masuk ke arah perumahan kos rendah di lorong berdekatan. Nombor plat yang patah dijumpai rasanya bukan milik pacuan empat roda itu sebab bukan plat Johor,” katanya.

Mangsa yang beralamat di Kota Bharu, dipercayai seorang ibu tunggal dan tinggal menyewa di sini bersama dua anak lelakinya berusia sekitar 7 hingga 10 tahun.

Mangsa juga baru memulakan perniagaan kedai makan di simpang tiga itu sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, penduduk yang enggan identitinya didedahkan berkata, anak mangsa memaklumkan ibunya tergesa-gesa melintas jalan kerana ingin mengambil anak kucing mereka yang berada di tengah jalan.

“Makcik tak tanya nama dia apa tapi selalu juga makcik singgah beli nasi pagi di situ. Malam tadi lepas turun madrasah depan itu, makcik dengar bunyi dentuman kuat dan orang menjerit.

“Makcik terus datang tengok dia dah terbaring tengah jalan. Dia bukan orang sini, katanya orang Kandis. Hari ini dia tak berniaga sebab katanya tak sihat. Tak sangka pula jadi macam ni,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pemandu kenderaan Isuzu D-max itu sudah membuat laporan di balai polis jam 1 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


0 comments:

share2