Kuala Lumpur - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) mendesak kerajaan agar mewajibkan penagih dadah tegar untuk diletakkan di bawah pusat pemulihan sehingga mereka pulih.
Pengerusi Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga Pemadam, Datuk Jamelah A Bakar berkata, langkah ini penting kerana ia sekurang-kurangnya dapat membendung masalah jenayah tragis di negara ini.
"Kita minta wajibkan penagih dadah yang tegar untuk diserahkan di pusat pemulihan, sampai pulih.
"Jangan fikir sayang, jika ada keluarga yang menagih dadah bawalah untuk pemeriksaan doktor, macam satu kes ini keluarga kata dia tak bahaya, tapi bila kami bawa dia jumpa doktor.
"Doktor kata dia dah tahap 80 peratus bahaya, maknanya kalau naik 90 peratus dia akan dengar suara berbisik sama ada suruh bunuh atau apa-apa yang lain, jadi kita buat keputusan dia harus berada di pusat pemulihan, jadi Insya-ALLAH pembunuhan dalam keluarga dapat dibendung," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengharapkan peranan ibu bapa dan masyarakat untuk turut serta dalam membendung isu ini.
"Kita jangan rasa malu, mereka (ibu bapa) patut buat laporan dan masalah ini, Insya-ALLAH dapat dibendung," katanya.
Dalam pada itu, Jamelah berkata, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan bagi membendung perkara ini.
"Kita ada wakil daripada Kementerian Pelajaran, Kesihatan pihak penjara dan polis yang duduk dalam jawatankuasa kita, maknanya kita tidak bekerja seorang kita dapatkan ramai orang, " katanya.
0 comments:
Post a Comment