Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 9, 2016

AKHBAR CINA BERNIAT JAHAT TERHADAP MB PAHANG






Akhbar berbahasa Cina kini kelihatan semakin terdesak untuk memenangi pembaca dikalangan masyarakat Cina di Malaysia.

Corak pemberitaan lebih kepada membuat percaturan politik berbanding dengan tanggungjawab sosial sebagai lidah dan wadah masyarakat Cina.

Semangat kecinaan yang disemai melalui toleransi yang dipraktikkan oleh kerajaan melalui pelbagai keistimewaan kini menjadi duri dalam daging yang mengancam perpaduan kaum.

Laporan akhbar Sin Jew yang memaparkan gambar MB Pahang melakukan aksi "stunt" ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bersidang baru baru ini dijadikan bahan sensasi.

Malaysiakini pula menambah perisa dengan memetik laporan tersebut dengan menagih komen komen negatif terhadap kepimpinan YAB MB Pahang.

Persis seperti laporan yang sering dimainkan dalam laman media sosial, laporan akhbar Cina seperti Sin Chew itu haanya sekadar mencari berita yang boleh disensasikan dan diolah supaya ia bersifat provokasi.

Walhal apa yang berlaku adalah sebenarnya YAB MB Pahang sedang melakonkan bagaimana cara beliau mengekalkan kecergasan dan senaman yang diamalkan untuk kesihatan sebagai petua orang lama yang diamalkan selama ini.

Cara bagaimana orang lama bersenam pastinya tidak sama dengan generasi baru menjaga kesihatan.Tetapi malangnya ADUN DAP Bilut jelas membuat provokasi melampau dengan menjadikan aksi tersebut sebagai mengejutkan seperti yang dilaporkan akbar Sin Jew.

Setelah berjaya menghasut masyarakat Cina dalam laporan Lynas dan bauksit tetapi membisu seribu bahasa tentang Cameroon Highland menunjukkan agenda tersembunyi bagaimana corak laporan yang perlu dihidangkan kepada masyarakat Cina.

Kehadiran beberapa wartawan akhbar Cina yg tidak pernah membuat liputan di Sidang DUN Pahang  memasuki Sidang DUN Pahang diiring ahli politik DAP dan PKR seperti ada agenda tersembunyi.

Kekalahan pembangkang di PRK Sg Besar dan PRK Telok Intan memerlukan mereka lebih agresif menyerang kepimpinan BN.

Kebimbangan bahawa ADUN DAP dan PKR di Pahang juga semakin ketara  memandangkan isu isu rakyat Pahang telah berjaya di tangani dengan baik oleh YAB MB Pahang.

Perpecahan pembangkang juga menambah keluh kesah mereka .Wakil rakyat Semantan yang mewakili PAS yang antara yang senior sebagai ahli politik pembangkang di Pahang telah meloncat menyertai PAN.

Kewujudan parti Pribumi juga dijangka akan memberikan kesan kepada pembahagian kerusi pembangkang di Pahang.

Jika kail dan joran bertambah tetapi memancing dikolam yang sama...akibatnya hasilnya pasti mengecewakan.Wakil rakyat pembangkang di Pahang sedang meraba raba kerusi mereka yang semakin panas...!


0 comments:

share2