Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 2, 2016

‘ADA PIHAK CUBA AMBIL KESEMPATAN JUAL TIKET'


‘Ada pihak cuba ambil kesempatan jual tiket’


Shah Alam - Orang ramai dinasihatkan tidak membeli naskhah Sinar Harian yang ditawarkan pada harga tertentu oleh beberapa pihak, semata-mata ingin melengkapkan token bagi menebus tiket ke taman tema Legoland.

Tinjauan Sinar Online mendapati terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual tiket Legoland ini menerusi media sosial dan laman web tertentu.

Ada antaranya menjual tiket tersebut menerusi Facebook dan ada juga yang menjual tiket tersebut dengan harga RM60.

Malah ada juga pihak memuat naik gambar tiket Legoland yang lama semata-mata mahu mengaut keuntungan bagi menarik perhatian pembeli untuk membuat pesanan tiket Legoland baru.




Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian, Norden Mohamed memberitahu pihaknya peka dengan tindakan segelintir pihak yang menghantar wakil-wakil yang ramai untuk menebus tiket berkenaan dan kemudian menjualnya kepada orang ramai.

“Kegiatan itu dapat kita kesan di media sosial. Walaupun ia bukan satu jenayah, tetapi saya minta pihak yang cuba mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada pembaca setia kami yang benar-benar menebus token yang dikumpul untuk tujuan percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Kami juga sedang memikirkan kaedah yang paling berkesan untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu seperti ini mengambil kesempatan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini peruntukan tiket tidak seperti tahun lalu yang menawarkan sehingga 20,000 tiket, sebaliknya tahun ini hanya ada 15,000 tiket sahaja.

Sebelum ini Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Sinar Harian, Rozalina Mohamed telah menasihatkan orang ramai tidak terperdaya dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengaut untung ini.

“Jadi, kami nasihatkan pembaca tidak terperdaya dan menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan tiket,” katanya.


0 comments:

share2