(Oleh Abadi Romeo)
Bukit Ibam - Penduduk Bukit Ibam hari ini menikmati satu lagi kemudahan telekomunikasi apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato' Jailani Johari merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) disini hari ini.
Sebuah bangunan yang asalnya perpustakaan kini berubah wajah menjadi bangunan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang serba lengkap dan moden.
Pembinaan PI1M ini adalah antara janji yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan atas permintaan penduduk Bukit Ibam sewaktu Pilihan Raya Kecil Rompin yang lalu.
Ianya selaras dengan cogankata 'Janji Ditepati' dan bukan sekadar laungan tetapi terbukti dengan pembinaan PI1M di Bukit Ibam ini.
Kemudahan ini diharap akan dimanafaatkan dengan cara yang berfaedah dan tidak disalahgunakan. Pahang mencatatkan kadar penetrasi liputan internet sekitar 73% dan angka ini akan di pertingkat untuk masa akan datang.
"Bagi tujuan itu sebanyak 256 menara telah dibina di negeri Pahang dengan 37 berada di Rompin dan 12 di Bukit Ibam bagi memastikan penduduk sekitar menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan" - ujar YB Dato' Johari Jalani Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Internet1 Malaysia Bukit Iban.
Turut hadir dimajlis berkenaan YB Dati'Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Ahli Parlimen Rompin Dato' Hasan Ariffin, ADUN Bukit Iban Dato' Wan Kadri Wan Mahusin dan ADUN Muadzam Dato' Seri Maznah Mazlan.
0 comments:
Post a Comment