Wow murahnyaaaa!!!! Nak tahu di mana? Baca artikel ini sampai habis!
Empat perak dan satu gangsa sudah pun membuatkan rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian atlet negara pada temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio.
Jadi, kami nak menambah kegembiraan rakyat Malaysia lagi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-59, ShopBack dan 19 rakan niaganya berbesar hati menawarkan pelbagai produk dengan harga serendah RM1 bermula hari ini sehingga 31 Ogos nanti.
Tawaran hebat ini meliputi pelbagai barangan termasuk produk kecantikan dan fesyen, perkakasan rumah dan elektrik, barangan dapur dan macam-macam lagi.
Ini termasuk produk dari Althea, Go Shop, Booking.com, Expedia, HP Malaysia, Foodpanda, Lazada, Photobook Malaysia, Qoo10, ZenRooms dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia, Sharmeen Looi berkata, ShopBack merupakan platform pulangan tunai yang sangat praktikal untuk penjimatan kepada semua orang.
“Kami bekerjasama dengan semua rakan niaga demi memberikan kod promo eksklusif dan pulangan tunai supaya semua orang berbelanja kurang dan menjimatkan lebih banyak".
“Katakanlah pelanggan beli barangan melalui ShopBack RM58.30 daripada Foodpanda, mereka boleh menikmati potongan harga RM10 dengan memasukkan kod promo dan menerima lagi 10 peratus pulangan tunai dari harga yang telah diberi diskaun (RM4.83)".
“Jadi, jumlah yang pelanggan belanjakan ialah RM43.47 bukannya RM58.30 dengan penjimatan kira-kira RM15 melalui ShopBack,” jelasnya.
Pelanggan baharu yang mendaftar di https://www.shopback.my/sinarharian-my dan berbelanja sepanjang kempen Hari Merdeka ini akan diberikan bonus tunai RM10 manakala pengguna aplikasi telefon bimbit perlu memasukkan kod 'sinarharianmy' untuk menikmati bonus RM10 tersebut.
ShopBack mula dilancarkan pada 22 Februari 2015 dan telah berkembang menjadi laman CashBack terbaik dalam negara mahupun di sekitar Asia Tenggara.
0 comments:
Post a Comment